Header Ads

Mesej Lucah Terbongkar, Menteri Di Britain Letak Jawatan


LONDON - BRITAIN . Menteri untuk perniagaan kecil Britain, Andrew Griffiths meletak jawatan selepas perbuatannya menghantar mesej berbaur lucah kepada dua wanita terbongkar.

Kandungan mesej tidak senonoh itu turut dipaparkan menerusi Sunday Mirror.

Griffiths yang pernah memegang jawatan ketua turus kepada Perdana Menteri, Theresa May berkata, perkara itu sangat memalukan.


Loading...

Beliau turut meminta maaf kerana telah mencalarkan imej perdana menteri dan kerajaan atas tindakannya itu.

Difahamkan, Griffiths telah mengikuti kedua-dua wanita tersebut di Snapchat selama enam bulan sebelum menghubungi mereka pada bulan lalu.

Dalam tempoh tiga minggu, lelaki terbabit dilaporkan telah menghantar lebih 2,000 mesej kepada Imogen Treharne, 28, dan seorang lagi wanita di media sosial termasuk Instagram dan Facebook.

Menurut Treharne, dia sering bertanya apa yang lelaki itu mahukan, namun perbualan mereka sering ke arah topik seks.

-Sinar Harian

Loading...