Header Ads

'Menteri, Pastikan Lembu Dibela Tak Duduk Di Kondominium'


Timbalan Yang Di Pertua Dewan Rakyat Nga Kor Ming menarik perhatian ahli parlimen apabila bergurau mengenai lembu.

Nga menasihatkan Menteri Pertanian dan Asas Tani Salahuddin Ayub supaya memastikan lembu yang dibela (projek National Feedlot Corporation (NFC) supaya tidak diletakkan di dalam kondominium.


Loading...

Beliau menyarankan demikian selepas Salahuddin menjawab soalan dari Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar yang mahukan jawapan susulan mengapa projek National Feedlot Corporation (NFC) yang sebelum ini memberi imej negatif mahu diteruskan.

Lembu dan NFC sering menjadi sindiran oleh ahli politik pembangkang (kini kerajaan) mengenai dakwaan pembelian unit kondominium mewah menggunakan dana NFC.

Namun ia telah dinafikan oleh Pengerusi Eksekutif NFC yang lama, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail.- Kinitv

No comments


Loading...