Header Ads

Mekanisme Dana Terbit Filem Di RTM Mudah Tiris - Gobind

Foto: The Sun Daily

KUALA LUMPUR, 18 Julai — Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan memperkenalkan mekanisme baharu mengenai permohonan dan penyaluran dana kerajaan bagi penerbitan dokumentari untuk siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM), dalam masa terdekat.

Menterinya Gobind Singh Deo berkata sistem sedia ada mempunyai banyak kelemahan yang perlu diperbaiki, termasuk masalah ketirisan.

"Selepas menerajui kementerian ini, kita melihat ada banyak aduan yang dibawa khususnya mengenai ketirisan. Saya lihat sistem dan mekanisme (sedia ada) yang digunakan tidak ketat dan mengundang keadaan-keadaan ketirisan.


Loading...

“Saya harap dalam masa satu atau dua bulan lagi, saya dapat umumkan mekanisme baharu itu bagi pastikan supaya dana yang disalurkan untuk tujuan tertentu digunakan untuk tujuan-tujuan tertentu dan bukannya untuk tujuan-tujuan lain,” katanya menjawab soalan tambahan Lukanisman Awang Sauni (PBB-Sibuti) mengenai perkara itu pada pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Gobind Singh juga memberi jaminan bahawa penyaluran dana untuk penerbitan dokumentari dan filem pendek akan diteruskan.

Katanya, sehingga Jun tahun ini, sebanyak RM19.56 juta telah disalurkan untuk penerbitan dokumentari manakala RM1.33 juta untuk penghasilan filem pendek.

“Dana seperti Dana Kandungan Digital (DKD) yang merangkumi Dana Mikro, Dana Pembangunan, Dana Produksi, Dana Kerjasama Produksi, Dana Pemasaran dan Dana Pesanan Khidmat Masyarakat (PSA).

“Kami nak pastikan kesemua dana tersebut disalurkan secara holistik dan kita guna bagi memberikan mereka kesungguhan untuk menghasilkan lebih banyak dokumentari yang mempunyai nilai itu,” katanya.

Beliau juga berkata produksi RTM sentiasa memberi tumpuan kepada usaha mengeratkan hubungan kaum di negara ini. — Bernama

No comments


Loading...
loading...