Header Ads

MB Selangor Beri Jaminan Tidak Akan Guna Agensi Kerajaan Untuk Kempen


Menteri Besar Selangor Amirudin Shari memberi jaminan beliau tidak akan menyalahgunakan sebarang agensi kerajaan negeri untuk berkempen bagi calon PKR Mohd Zawawi Ahmad Mughni.

Dalam ucapan beliau merasmikan pusat bilik gerakan HARAPAN di Bukit Kemuning, Amiruddin berkata akan membantu kempen untuk bertemu dengan 52,000 pengundi berdaftar atas kapasitinya sebagai pemimpin PKR.


Loading...

"Jangan takut, saya pemimpin Pakatan Harapan.

"Jika ada sebarang majlis kerajaan negeri, saya tidak akan campur aduk (dengan kegiatan berkempen)... tidak akan ada bendera parti," maklum ADUN Sungai Tua itu.

Pada sidang akhbar kemudian, Amiruddin juga menjelaskan beliau masih dibenarkan menggunakan kereta rasminya untuk bergerak semasa tempoh berkempen.

"Tetapi hal itu (menggunakan kereta rasmi) bukan isu utama... Saya tidak menggunakan sebarang agensi kerajaan untuk memberikan wang tunai atau hadiah kepada pengundi," kata Amiruddin ketika diminta mengulas kedatangan beliau ke majlis tersebut menggunakan kereta rasminya.

"Janganlah terlalu rigid. Mungkin lain kali saya akan datang naik basikal atau motosikal," katanya.

Ketika era pentadbiran BN, pembangkang persekutuan pada waktu itu, Pakatan Harapan seringkali mengkritik parti pemerintah kerana menyalahgunakan jentera kerajaan dan negeri untuk tujuan berkempen.

- Malaysiakini

No comments


Loading...