Header Ads

Mat Sabu yakin penyokong Pas sokong Zawawi

Mat Sabu (kiri, dua) hadir ke Seri Andalas bagi membantu jentera pilihan raya.

KOTA RAJA - Presiden Amanah, Mohamad Sabu yakin penyokong Pas akan memilih calon PKR, Mohd Zawawi Ahmad Mughni dalam PRK Dun Sungai Kandis, 4 Ogos ini.

Menurutny, keyakinan itu adalah berdasarkan kepada perkembangan terkini selepas PRU14 lalu di mana PH berjaya mengambil alih pimpinan kerajaan di peringkat negeri dan persekutuan.

Loading...

"Kita (PH) akan ada peluang untuk menang sebab ahli Pas akan mengundi kita pada kali ini.

"Ini kerana mereka mula sedar kerajaan negeri dan persekutuan kini di bawah PH. Kita akan menang dengan bergaya,"katanya ketika sidang media bersama Zawawi hari ini.

Dalam PRK Dun Sungai Kandis kali ini, Pas tidak meletakkan calon dan memberi laluan kepada calon BN, Datuk Adam Nor Lokman untuk bersaing dengan Zawawi serta calon Bebas, Murti Krishnasamy.

Dalam pada itu, Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu turut memohon maaf kepada pengundi di kawasan berkenaan berikutan tidak turun awal untuk membantu jentera kempen berikutan terlibat dengan lawatan kerja di Britain bagi menghadiri Pertunjukan Udara Farnborough selama seminggu.


Menerusi lawatan kerja itu, Mohamad memaklumkan, pihaknya turut terlibat bagi menjemput syarikat-syarikat besar untuk turut sama mengikuti Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (Lima) pada tahun hadapan.

Loading...