Header Ads

Mahu PH Tewas, Pengundi PAS Sungai Kandis Bijak – Nasruddin


PAS bakal berkempen menentang Pakatan Harapan (PH) menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis minggu depan.

Ketua penerangannya berkata calon PKR Zawawi Mughni mesti tewas dalam pertembungan tiga penjuru Sabtu depan.


Loading...

“Pendirian kami mahu Harapan kalah di Kandis. Ada yang tidak bersetuju? Jika semua setuju [Harapan] mesti kalah maka apa lagi pengundi PAS mahu?

“Kita tidak perlu ajar ABC. Rakyat di depan saya sangat bijak semuanya,” kata Nasruddin Hassan.

Memetik laporan Projek MM, bekas ahli parlimen Temerloh itu berucap di Himpunan Kebangkitan Ummah di Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru di sini hari ini.

Himpunan itu turut dihadiri pemimpin PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dan Datuk Takiyuddin Hassan.



Calon Barisan Nasional (BN) PRK DUN Sungai Kandis Datuk Lokman Noor Adam dan Ketua Pemuda Umno Datuk Asyraf Wajdi Dusuki turut menghadiri himpunan itu.


Loading...