Header Ads

Lokman Adam ‘Bermimpi’ Kem Azmin Tolong Kemenangan BN - Amirudin


Calon Barisan Nasional (BN) pilihan raya kecil (PRK) Sungai Kandis, Datuk Lokman Adam boleh bermimpi kononnya penyokong Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan membantu kemenangan pembangkang di kawasan itu, kata Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.

Amirudin berkata setakat ini PKR “solid” memberi sokongan kepada calon mereka yang bertanding di PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis.

“Memang ada pandangan begitu, tetapi hakikatnya Azmin ada, saya ada, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail ada, menteri besar Negeri Sembilan ada dan pimpinan PH pun hadir beri sokongan secara bersama,” katanya ketika ditemui di luar Dewan Besar Tanjung, Majlis Bandaraya Shah Alam di Seksyen 19.


Loading...

Sebelum itu, Azmin menafikan dakwaan Umno bahawa beliau kecewa dengan pencalonan Zawawi Mughni, yang dikatakan dipilih Wan Azizah sebagai calon PRK DUN Sungai Kandis.

Beliau berkata, dakwaan itu hanyalah taktik Umno dan BN untuk memecah belahkan perpaduan PH.

Semalam, Lokman mendakwa mereka yang menjadi penyokong Azmin akan membantu kemenangan pembangkang dalam pilihan raya kecil di kawasan itu.

Lokman mendakwa penyokong daripada kem Azmin tidak berpuas hati apabila Wan Azizah menamakan Zawawi Mughni sebagai calon.

Mengulas lanjut, Amirudin berkata calon PKR di DUN Sungai Kandis mempunyai kelebihan berikutan beliau merupakan calon tempatan yang sedia aktif membantu penduduk di kawasannya.

“Beliau (Zawawi) ada membuka pusat komuniti dan perlindungan bagi membantu membaiki akidah masyarakat dan membantu anak yang terlanjur.

“Zawawi juga ada sekolah agama dan mengajar di masjid serta surau, selain mempunyai kredibiliti tulen, bukannya dibuat-buat,” katanya.


- FMT

No comments


Loading...