Header Ads

Lawak Tapi Pesanan Penting Buat Ahli Parlimen

KHAIRY Jamaluddin ketika Istiadat Pembukaan Penggal Pertama Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, hari ini. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali

JENAKA ‘jangan lari’ Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V ketika memulakan titah ucapan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Pertama Parlimen Ke -14, hari ini dianggap pesanan penting kepada semua Ahli Parlimen terutama pembangkang.

Ahli Parlimen Rembau yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, walaupun tidak memahami sepenuhnya maksud sebenar ‘lawak’ baginda, namun beliau percaya ia ada hubung kait dengan komitmen sebagai Ahli Parlimen.

Loading...

“Saya tidak tahu maksud sebenar baginda, mungkin baginda maksudkan meminta Ahli Parlimen supaya jangan ponteng dan menghadiri sidang dewan.

“Itu yang saya fahamlah, yang lain tidak pasti,” katanya ketika ditemui media di Parlimen, hari ini.

Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, kata-kata baginda itu dianggap sebagai jenaka untuk menceriakan suasana.

“Saya tidak boleh menafsir maksud Tuanku, namun saya anggap baginda hanya mahu menceriakan suasana,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan, Dr Mohd Hatta Md Ramli berkata, jenaka Sultan Muhammad V membuktikan bahawa baginda mengikuti perkembangan politik semasa negara.


Katanya, meskipun mungkin mempunyai maksud di sebaliknya, namun jenaka itu perlu dianggap sebagai gurauan seorang Raja kepada rakyatnya.

“Harap tiada pihak yang akan berkecil hati dengan jenaka baginda itu.

“Anggaplah ia sekadar gurauan untuk baginda mengeratkan kemesraan,” katanya.


No comments


Loading...