Header Ads

Kos Projek HSR, Mengapa PH Tak Terus Terang?: Najib


SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyelar sikap PH yang memberikan jawapan meragukan terhadap kos projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) yang berganda daripada di unjurkan BN serta kerajaan Singapura.

Najib menerusi Facebook miliknya berkongsi kekecewaan apabila menerima jawapan dari PH terhadap dakwaan mereka bahawa kos HSR adalah RM110 bilion, berganda daripada anggaran RM55 bilion dan RM70 bilion yang sudah diunjurkan oleh BN dan kerajaan Singapura.

Menurutnya, kos baharu projek HSR berkenaan menunjukkan kelaziman PH untuk menggandakan kos projek yang dimulakan BN seperti ECRL dan LRT3 dan mendakwa BN menyembunyikan kos sebenar.

”Mereka kemudian akan mendakwa berjaya mengurangkan kos projek itu kepada separuh dan mendabik dada walhal kos baharu mereka adalah lebih tinggi dari kos asal BN.


Loading...

”Bagi isu yang sama, ada wakil Kementerian Kewangan hari ini mendakwa kononnya saya mengetahui kos LRT3 adalah pada angka menjulang tinggi RM32 bilion, dan untuk itu saya minta tunjukkan dokumen di mana saya telah meluluskan permohonan tambahan jaminan RM22 bilion dari surat Prasarana bertarikh 30 Mac 2018.

“Tunjukkan buktinya. Padahal, ini hanya satu permohonan yang tidak pernah kerajaan BN dulu bersetuju.

Najib berkata, nampaknya kerajaan PH masih lagi kuat berpolitik dan bukannya menjamin kesinambungan ekonomi bagi masa depan negara.

“Mengapa Kerajaan PH tidak mendedahkan penilaian impak ekonomi projek HSR di mana ia akan menunjukkan manfaat ekonomi serta peluang pekerjaan yang bakal hilang jika projek ini dibatalkan, turut tidak diendahkan oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi yang memilih untuk membuat lawak, daripada menjawab soalan ini.

”Ini bukan satu permulaan yang baik untuk parlimen kerana projek sebesar ini memerlukan jawapan yang sempurna kerana ia memberi kesan kepada jutaan rakyat, beratus ribu pekerjaan, hubungan antarabangsa dan aliran ekonomi masa depan Malaysia.

Najib membuat kenyataan susulan jawapan mengecewakan berkenaan projek HSR dari Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali kepada soalan di Parlimen dari dirinya dan Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Wee Ka Siong.

Najib turut berkongsi maklumat berkenaan projek HSR yang merupakan satu tender terbuka antarabangsa yang dipanggil secara bersama oleh kerajaan Malaysia dan Singapura.

Menurutnya, tender berkenaan hanya ditutup pada 28 Disember, 2018 dan pembida yang berjaya akan dinilai dan diputuskan bersama oleh kedua-dua Singapura dan Malaysia.

”Tender itu juga mensyaratkan pembida untuk menawarkan pakej pembiayaan dan kewangan. Berikutan projek HSR adalah sangat kompetitif dan lazimnya pembida akan disokong oleh kerajaan masing-masing.

”Untuk itu, pakej pembiayaan juga sangat kompetitif di mana faedah pada kadar sifar atau 0.1 peratus bukanlah sesuatu yang luar biasa.

Menurutnya, tidak lama dahulu, sebuah syarikat Jepun memenangi projek HSR di India dengan pakej pembiayaan 0.1 peratus faedah bagi tempoh 50 tahun dengan 15 tahun moratorium (atau penundaan pembayaran).

”Projek HSR Malaysia-Singapura yang berprofil tinggi ini menarik perhatian pembida yang agresif dari seluruh dunia.

”Sebab itu, adalah mengecewakan apabila menerima jawapan dari PH terhadap dakwaan mereka bahawa kos HSR adalah RM110 bilion.

Apabila disoal, Azmin Ali hanya mampu menjawab kos RM110 bilion adalah kos anggaran mereka dan ia mencakupi kos tersembunyi yang tidak dihuraikan biarpun tender yang akan diputuskan oleh agensi kedua-dua negara belum ditutup, kos belum dimuktamadkan dan pakej pembiayaan masih tidak diketahui.

”Adakah anda (Azmin) berkata, Kerajaan Singapura menyembunyikan ‘kos terselindung’ ini.

Kementerian Kewangan hari ini mengesahkan kepada Dewan Rakyat, perkiraan kos keseluruhan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Malaysia-Singapura mencecah RM110 bilion.

- Sinar Harian

No comments


Loading...