K’jaan Pertimbang Ketatkan Peraturan Import Kereta Asing – PM

0
46
Foto: Kosmo

Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad memberi
gambaran bahawa kerajaan sedang mempertimbangkan untuk mengetatkan peraturan
pengimportan kereta asing dalam dasar automatif kebangsaan yang baru.
“Kita perlu mengkaji kemungkinan mewujudkan
syarat-syarat tertentu seperti kereta asing tidak boleh masuk mudah ke nagara
kita, dan beri peluang kepada proton dan kereta-kereta tempatan menguasai
pasaran tempatan,” katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini, lapor Malaysiakini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Tambah Dr Mahathir, dalam era perdagangan bebas, setiap
negara tidak seharusnya menyekat negara lain dengan mengenakan cukai yang
tinggi.
“Bagaimanapun, yang kita dapati ialah, walaupun cukai
diturunkan, ada sekatan-sekatan yang lain yang dilakukan oleh negara-negara
maju seperti syarat Euro5, yang memerlukan keluaran kereta kurang karbon
monoksida. Dan ada negara lain yang mengenakan cukai pertanian (ke atas
Malaysia).
“Tapi kita amat terbuka, kita benarkan semua kereta
walaupun dibuat dari tin Milo, untuk masuk Malaysia,” katanya.
‘Tin Milo’ merupakan istilah yang digunakan rakyat Malaysia
menggambarkan bahagian badan kereta Proton dan Perodua yang berasal dari Jepun
dan dianggap tidak kukuh.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here