Header Ads

K'jaan Pertimbang Ketatkan Peraturan Import Kereta Asing - PM

Foto: Kosmo

Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad memberi gambaran bahawa kerajaan sedang mempertimbangkan untuk mengetatkan peraturan pengimportan kereta asing dalam dasar automatif kebangsaan yang baru.

"Kita perlu mengkaji kemungkinan mewujudkan syarat-syarat tertentu seperti kereta asing tidak boleh masuk mudah ke nagara kita, dan beri peluang kepada proton dan kereta-kereta tempatan menguasai pasaran tempatan," katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini, lapor Malaysiakini.


Loading...
Tambah Dr Mahathir, dalam era perdagangan bebas, setiap negara tidak seharusnya menyekat negara lain dengan mengenakan cukai yang tinggi.

"Bagaimanapun, yang kita dapati ialah, walaupun cukai diturunkan, ada sekatan-sekatan yang lain yang dilakukan oleh negara-negara maju seperti syarat Euro5, yang memerlukan keluaran kereta kurang karbon monoksida. Dan ada negara lain yang mengenakan cukai pertanian (ke atas Malaysia).

"Tapi kita amat terbuka, kita benarkan semua kereta walaupun dibuat dari tin Milo, untuk masuk Malaysia," katanya.

'Tin Milo' merupakan istilah yang digunakan rakyat Malaysia menggambarkan bahagian badan kereta Proton dan Perodua yang berasal dari Jepun dan dianggap tidak kukuh.

No comments


Loading...