Kiki penghibur hati Najib

0
32
GAMBAR yang dimuatnaik anak lelaki Datuk Seri Najib Razak, Mohd Ashman di Instagram. FOTO Instagram Mohd Ashman



BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kekal tenang dan tidak terganggu meskipun berdepan pendakwaan pecah amanah dan salah guna kuasa.


Menerusi satu gambar yang dimuat naik anak lelakinya, Mohd Ashman, di Instagram hari ini, Najib kelihatan tersenyum dan ceria sambil bermain dengan kucing kesayangannya, Kiki.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Gambar itu turut disertakan dengan ucapan penghargaan kepada orang ramai yang memberikan kata-kata sokongan kepada bapanya di saat sukar ketika ini.


“Alhamdulillah you are back at home with the family daddy. Kiki missed you just as dearly! Also, thank you to all for your words of encouragement. Your prayers and support will keep us going”


Najib hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas tiga tuduhan pecah amanah dan satu tuduhan salah guna kedudukan untuk kepentingan peribadi membabitkan RM42 juta berkaitan syarikat SRC International Sdn Bhd.


Tuduhan pecah amanah ke atas Najib adalah mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman maksimum 20 tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.


Bagi tuduhan salah guna kedudukan pula mengikut mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan jika sabit kesalahan, boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama membawa hukuman maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan dapat dinilai atau berbentuk wang, atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM1 juta dikenakan terhadap Najib dengan dua orang penjamin serta beliau perlu menyerahkan pasport diplomatik dan pasport awam.


Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here