Kerjasama BN-Pas hanya timbulkan suasana prejudis

0
35



SHAH ALAM – Kerjasama tidak langsung BN dengan Pas dalam PRK Dun Sungai Kandis dilihat masih gagal membentuk alternatif kepada PH.


Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo berkata, kini timbul suasana prejudis dalam kalangan penyokong kedua parti gergasi itu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



“BN dan Pas tidak jujur dalam kempen di sini, menyebabkan suasana prejudis antara pendukung parti masing-masing dan ini akan diterjemahkan undi kepada calon PH.


“BN dan Pas masih gagal membentuk satu blok pembangkang yang mampu menjadi alternatif kepada PH,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Pas sebelum ini menyatakan sokongan terbuka kepada BN untuk PRK Dun Sungai Kandis.


Mengulas lanjut, bekas Adun Sungai Panjang ini berkata, peluang BN untuk menang dalam pilihan raya kali ini juga amat tipis.


“Isu-isu yang diketengahkan oleh BN masih tidak dapat mengubah pendirian pengundi di kawasan ini. Pengundi masih lagi merasakan kerajaan PH mampu mengubah situasi tekanan hidup yg dihadapi hari ini kepada yang lebih baik sedikit masa lagi.


“Selagi Umno merasakan mereka boleh menang tanpa bantuan parti komponen lain dalam BN dan Pas masih tidak berubah saya tidak nampak bagaimana Umno boleh menang,” katanya.


Malah beliau juga berharap pemimpin Umno tidak terus hanyut dibuai mimpi.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Rakyat Dun Sungai Kandis bakal memilih wakil rakyat baharu 4 Ogos ini selepas penyandangnya, Allahyarham Mat Shuhaimi Shafiei meninggal dunia, bulan lalu.


Tiga calon bakal merebut kerusi itu iaitu calon BN, Datuk Lokman Noor Adam; calon PH, Mohd Zawawi Ahmad Mughni dan calon Bebas, Murthy Krishnasamy.

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...
loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here