Header Ads

Kerajaan telah tunai dua daripada 10 janji


KUALA LUMPUR - Kerajaan telah menunaikan dua daripada 10 janji yang terkandung dalam manifesto PH setakat 70 hari pentadbiran.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, enam janji lagi pula sedang ditunaikan manakala dua janji belum dilaksanakan langkah pelaksanaannya.

Loading...

Katanya, kerajaan komited untuk merealisasikan 10 janji tersebut atas dasar akauntabiliti kepada rakyat.

"Namun harus diingat tumpuan kerajaan bukan pada 10 janji ini saja. Dalam tempoh 100 hari ini banyak kerja lain perlu dilaksanakan oleh kerajaan.

"Yang diutamakan kerajaan adalah tindakan membersihkan kerajaan hasil daripada kerosakan gejala rasuah dan salah guna kuasa yang melanda jentera kerajaan terdahulu. Tindakan undang-undang terhadap jenayah yang dikesan dalam kerajaan usaha untuk kesan dan dapat balik wang hilang dan menyusun semula jabatan dan lain-lain lagi," katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.


Beliau menjawab soalan Fong Kui Lun (PH-Bukit Bintang) berkaitan janji manifesto PH.

Loading...