Header Ads

Kanak-Kanak Dari Mukah, Sarawak Dipercayai Maut Akibat HFMD

Jenazah Farhan Abdullah, 2, (gambar kecil) diusung ahli keluarganya sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pek Daro, di sini hari ini. - Foto: Kosmo

KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak berusia dua tahun lima bulan dari Kampung Pangtray, Daro, Mukah di Sarawak meninggal dunia hari ini dipercayai akibat dijangkiti penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, mangsa Farhan Abdullah mula mengalami demam pada Selasa lalu dan menunjukkan tanda-tanda seperti ruam di tapak tangan dan kaki serta ulser dalam mulut pada keesokkan harinya.


Loading...

Beliau berkata kanak-kanak tersebut dibawa ke Klinik Kesihatan Daro pada hari berikutnya sebelum dirujuk ke Hospital Daro malam tadi.

Bagaimanapun, keadaan mangsa tidak stabil sebelum dihantar ke Hospital Sibu untuk rawatan lanjut sebelum meninggal dunia pada jam 2.08 pagi ini, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kematian kanak-kanak itu disebabkan oleh jangkitan paru-paru yang teruk dengan jangkitan HFMD dan sampel klinikal diambil untuk ujian pengesahan bagi mengetahui penyebab kematian.

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai yang mempunyai anak-anak kecil mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengurangkan risiko daripada dijangkiti penyakit berkenaan. - Bernama

No comments


Loading...