Header Ads

Isu Ramasamy diserah kepada polis


GEORGE TOWN: Kerajaan negeri Pulau Pinang tidak akan campur tangan dalam  isu Timbalan Ketua  Menteri 11 Prof P. Ramasamy yang dikaitkan dengan dakwaan mempunyai kaitan dengan Harimau Pembebasan Tamil (LTTE).

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow  berkata perkara itu  tidak perlu dilanjutkan  dan beliau menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk melakukan siasatan."Tidak perlu campur tangan.

Loading...

Polis sudah campur tangan. Biar polis membuat kerja mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis graduasi Penang Skills Development Centre (PSDC), Sabtu.

Chow diminta mengulas tentang dua kumpulan yang mengadakan demonstrasi terhadap Ramasamy di hadapan bangunan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) pada Jumaat.

Satu kumpulan demonstrasi itu pada Jumaat yang dihadiri kira-kira 50 penyokong menyatakan pendirian mereka menyokong Ramasamy serta turut  mengadakan solidariti kepada timbalan ketua menteri itu yang dianggap " pengganas" oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Manakala kumpulan kedua terdiri  daripada 300 orang dari Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam menyuarakan bantahan  dan menyerahkan memorandum bagi meminta  Ramasamy meletakkan  jawatan jika tidak dapat memberi penjelasan berhubung dakwaan beliau mempunyai kaitan dengan LTTE.


Ditanya adakah beliau (Chow) sudah melihat memorandum yang diserahkan oleh kumpulan NGO itu, Chow berkata " belum sempat melihatnya".Ramasamy sebelum ini dilaporkan berkongsi gambarnya bersama anggota LTTE dikenali sebagai Vaiko atau V. Gopalasamy.

Melalui keterangan gambar yang dimuat naik di laman Facebook Ramasamy, kehadiran Vaiko di Pulau Pinang adalah sebagai memenuhi undangan majlis perkahwinan.

Susulan penularan gambar itu yang tular di media sosial telah menimbulkan dakwaan ahli politik DAP itu mempunyai hubungan dengan kumpulan di Sri Lanka yang dianggap sebagai pengganas oleh beberapa negara.

Selain itu  pelbagai pihak tampil membuat  laporan dan lebih 50 laporan polis terhadap Ramasamy dibuat kerana dikatakan menyokong kumpulan pengganas LTTE.-Bernama

Loading...