Header Ads

Harga Barang ‘Confirm’ Naik Kerana SST, Kata Ahmad Maslan

Ahmad Maslan dakwa harga barangan pasti naik 1 September ini selepas Pakatan Harapan (PH) melaksanakan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Datuk Seri Ahmad Maslan berkata kenaikan kenaikan harga barang bakal berlaku kerana cukai SST mempunyai kelemahan berbanding cukai GST.

“Saya tak kata saya pakar SST dan cukai barangan dan perkhidmatan (GST). 124 negara buat GST daripada 194 negara dalam dunia. SST ini negara dalam dunia dah tak buat, kenapa? Sebab ada kelemahan.

“Kita mengatakan yang benar. Percayalah harga barang, ‘confirm’ akan naik September ini. Kita (rakyat) juga yang jadi mangsa,” kata ahli majlis tertinggi Umno itu dipetik Free Malaysia Today ketika berkempen PRK Sg Kandis membantu calon BN, Datuk Lokman Noor Adam.

Loading...


Ahmad Maslan turut menyenaraikan kelemahan SST iaitu rakyat tidak tahu mereka dikenakan cukai tersebut, sedangkan cukai itu ada dalam harga barang.

“Ia diambil daripada pengimport 10% dan pengilang 10%. Mereka letak sebagai kos dan dimasukkam dalam harga barang,” katanya.

Ahmad berkata berlakunya cukai atas cukai dengan berkata: “Kalau RM100 dicampur keuntungan, daripada kilang ia akan jadi RM110 dan RM110 itu tidak akan jadi RM110 apabila sampai kepada pengguna, mungkin RM120.

“Sedangkan GST dulu, cuma RM106 apabila sampai di hujung pembeli barang,” katanya.



Ahmad Maslan turut mendakwa dengan SST pengilang dan pemborong boleh menipu cukai.

Malah katanya, Menteri Kewangan Lim Guan Eng turut mengakui kelemahan SST berbanding GST di Dewan Rakyat.

“Ini perkara penting saya nak katakan, PH ini penipu hebat, penipu macam-macam,” katanya lapor FMT lagi.

No comments


Loading...