Header Ads

Hanipa pengsan ketika himpunan bulanan JPM


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin pengsan dalam majlis perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Dataran Perdana, Bangunan Perdana Putra di Putrajaya, hari ini.
Beliau rebah semasa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sedang menyampaikan amanatnya.

Loading...

Memetik laporan portal Malaysiakini, Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang berada di pentas sama kemudian memberikan pertolongan cemas kepada Hanipa.
Pemimpin AMANAH itu kemudian dikejarkan ke hospital dengan menaiki ambulan.
Sebelum ini pada penggal sidang Dewan Rakyat pada 4 April 2016, Ahli Parlimen Sepang itu dikejarkan ke hospital selepas pengsan semasa menghadiri sidang Parlimen.


Loading...