Header Ads

Gelagat penyokong pembangkang cuit hati Rafizi


KUALA LUMPUR - Setiap kali berbicara perihal harga minyak (petrol dan diesel), pasti nama Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menjadi sasaran kecaman kerana beliau sebelum ini memperkenalkan formula menurunkan harga minyak kepada rakyat.

Kecaman demi kecaman, saban hari tanpa henti pastinya membuatkan beliau tertekan namun rupa-rupanya perkara sebaliknya berlaku.

Loading...

Menurut Rafizi, beliau kini 'senang tersenyum' melihat gelagat penyokong Umno dan Pas khususnya.

Melalui catatan dalam laman Facebooknya, bekas Ahli Parlimen Pandan ini menyindir kesepaduan penyokong Pas dan Umno yang berterusan menghentamnya terutamanya melibatkan isu harga petrol dan diesel.

"Ada juga yang menuntut kononnya saya berjanji harga minyak turun RM 1.80 seliter. Saya senang tersenyum kebelakangan ini, terutamanya melihat gelagat penyokong-penyokong Umno dan Pas yang berpadu tenaga tetapi masih hilang punca.

"Tindakan mendesak saya membangkang dalam hal-hal kebajikan rakyat (harga barang, harga minyak) samalah seperti pengakuan mereka tidak yakin dengan kepimpinan Umo dan Pas sedia ada untuk membela kebajikan rakyat.

"Lebih teruk lagi, senarai janji yang mereka tuntut itu adalah janji Mat Jenin yang mereka sendiri angan-angankan (sementara mengubat luka kekalahan PRU14) tetapi tidak pernah pun menjadi janji Pakatan Harapan," katanya.

Tambah Rafizi, meskipun beliau tidak terlibat secara langsung dalam penyediaan manifesto Harapan namun banyak idea berkaitan kos sara hidup menggunakan idea yang pernah dipopularkan sebelum itu.


"Saya menulis di dalam buku 'Panduan Bina Semula Negara' mengenai pengenalan sistem subsidi minyak berkuota bulanan yang dikemaskini setiap kali kita membeli minyak.

"Dengan cara ini, harga minyak boleh distabilkan pada satu harga yang tertakluk kepada harga siling dan penggunaannya terhad kepada kuota bulanan tertentu (untuk mengelakkan yang kaya dan yang membazir dari menggunakan minyak bersubsidi pada harga berlebihan).

"Banyak perubahan telah berlaku sejak 10 Mei 2018 yang lalu tetapi pimpinan politik yang berkerumun di Dewan Rakyat tidak wajar melupakan beberapa perkara asas yang sangat penting kepada rakyat," tegasnya.

Loading...