Header Ads

Elllie Suriati minta Pas-Umno bersatu demi agama, bangsa

Elllie Suriati ditemui ketika Himpunan Kebangkitan Ummah di Padang Kelab Sultan Sulaiman di Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR - Rakyat diminta bangkit dan tidak terlena dengan manifesto PH yang dilihat hanya semata-mata menjadi medium untuk menarik undi.

Pengarah dan pelakon terkenal Ellie Suriati berkata, apa yang harus diangkat dan diperjuangkan adalah Islam sebagai agama persekutuan dan Bahasa Melayu yang kini ditindas selain pelbagai penipuan berlaku.

Loading...

Menurutnya, umat Islam itu sendiri perlu bangkit kerana Islam adalah kepunyaan semua.

"Kita semua perlu bangkit, jangan terlena dengan manifesto yang dijanjikan PH sebelum ini. Itu hanya janji manis untuk mereka meraih undi.

"Kalau kita lihat, sebelum ini kerajaan umumkan hutang negara mencecah RM1 trilion, itu sebenarnya adalah signal mereka untuk mengabaikan manifesto mereka," katanya kepada Sinar Harian ketika Himpunan Kebangkitan Ummah di Padang Kelab Sultan Sulaiman, di sini, hari ini.

Ellie berkata, apa yang diinginkannya hari ini adalah Pas dan Umno bersatu menjalin ukhuwah demi agama dan bangsa.

Tegasnya, bubar sahajalah PH ini kerana mereka tidak ada kredebiliti dan kepakaran dalam kementerian, malah segala dasar baru dilihat merugikan rakyat.

"Banyak kita lihat perkara luar dengan dasar-dasar yang tidak bijak dengan meniru dari negara luar. Mengapa terpukau dengan negara lain? Sedangkan negara ada dasar yang lebih baik. Perlembagaan harus diangkat dan dihormati," katanya.

Sementara itu, Ellie turut membidas isu golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) kerana tiada tanggungjawab kerajaan menangani dan menyelesaikan perkara ini.


"LGBT adalah perkara yang tidak boleh dibiarkan melarat. UEC pula menjarakkan perpaduan antara kaum. Sebenarnya rakyat ditipu dengan manifesto.

"Saya ingin ingatkan rakyat Malaysia di luar sana. Ambil tahu perkara ini, anak muda perlu lebih bertanggungjawab. Kita perlu tahu, kita semua akan mati, tapi warisnya adalah anak muda pada masa akan datang," katanya.

No comments


Loading...