Header Ads

Ellie Suriaty Tak Hadap Publisiti Murahan


PELAKON Ellie Suriaty berkata penyertaannya dalam perhimpunan dan demonstrasi anjuran pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bukan bertujuan meraih publisiti murahan.

Menurut Ellie, 48, dia mempunyai beberapa alasan kukuh menghadiri perhimpunan aman dan menafikan tindakannya itu bersifat peribadi atau rasis.

“Saya tidak mencari publisiti murah kerana saya bukan orang begitu tapi saya marah apabila perpaduan dan keamanan terjalin antara kita semua rosak kerana pemerintahan sekarang.

Loading...


“Saya bukan rasis, apabila orang Melayu memperjuangkan bangsa dan agama itu bukan rasis. Tidak wajar dituduh begitu kerana kita juga ada NGO pelbagai bangsa.

“Raja Melayu milik semua bangsa sebab itu kita mengangkat institusi diraja dan menolak negara ini menjadi negara republik,” katanya ketika berucap di himpunan anjuran NGO Pemantau Malaysia Baru.

Kira-kira 100 orang penyokong himpunan itu mula berkumpul di kawasan lapang berhampiran kawasan parkir kereta bertingkat Bukit Aman seawal jam 8 pagi.

Mengikut perancangan, mereka akan bergerak ke Jalan Parlimen untuk menyatakan perasaan masing-masing dan menunggu ketibaan kereta rasmi Sultan Muhammad V yang dalam perjalanan ke parlimen.

Bagaimanapun penganjur memberikan arahan bersurai kira-kira jam 9.45 pagi selepas polis tidak memberi kebenaran mereka berbuat demikian.

Dalam video ucapan tersebut, turut kelihatan presiden NGO tersebut iaitu Lokman Noor Adam.

Sebelum ini, pelakon filem Seriau ini hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menyatakan sokongan terhadap bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak. – Mstar

No comments


Loading...
loading...