Header Ads

Dr MAZA Ucap Tahniah Kepada Pas


Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengucapkan tahniah kepada Pas berikutan pujian Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man terhadap tindakan kerajaan membenarkan pendakwah Islam, Dr Zakir Naik untuk terus berada di Malaysia.

Melalui laman Facebooknya hari ini, Mohd Asri turut berkongsi berita ucapan tahniah Tuan Ibrahim kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Loading...


“Saya pula ingin mengucapkan tahniah kepada Pas. Semoga ALLAH merahmati kita semua umat Islam. Semoga ALLAH membimbing kita semua.

“Semoga ALLAH mengeratkan ukhuwah antara kita Umat Islam. Sama-sama kita mempertahankan golongan yang dizalimi,” katanya.

Sementara itu, melalui laman Facebook milik Tuan Ibrahim pula, kenyataan tegas Dr Mahathir mempertahankan Zakir adalah satu langkah tepat selaras dengan dasar Islam melindungi umatnya daripada menjadi mangsa penganiayaan dan kezaliman di mana sahaja.

Menurutnya, Pas tegas dengan prinsip menyokong dan mendokong segala tindakan makruf yang diambil kerajaan, dan menentang kemungkaran dan perpecahan.

Sebelum ini, Dr Mahathir berkata, Malaysia tidak akan mengusir pendakwah bebas Dr Zakir Naik selagi beliau tidak menimbulkan masalah.

Katanya, Zakir telah diberikan status pemastautin tetap di negara ini.

No comments


Loading...