Header Ads

Dr Mahathir Sasar Khazanah Kerana Rugi RM3 Bilion


Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyasarkan Khazanah Nasional kerana syarikat pelaburan negara itu kerugian RM 3 bilion dalam pelaburan, kata laporan akhbar The Straits Times Singapura.

Laporan itu menyebut Khazanah pada tahun 2008 "memulakan strategi pelaburan yang sangat sulit" yang mana sayarikat itu meletakkan dananya dengan pengurus bank berpengalaman, Luqman Arnold.

Loading...


Melalui kumpulan pelaburannya, Olivant, Luqman Arnold juga menguruskan beberapa institusi besar kewangan Eropah.

Pelaburan berkenaan digelar sebagai "Operation Twist" yang kemudian menjadi "Operation Red" yang melibatkan Khazanah, bersama dengan Olivant dan Bank Santander dari Sepanyol yang bertindak sebagai rakan kongsi, memperoleh kepentingan 2.6 peratus di Bank Swiss, UBS.

Seluruh saham di UBS diuruskan oleh Lehman Brothers, yang pada tahun 2008 difailkan muflis.



Lehman Brothers bankrup

"Bagaimanapun, perjanjian itu terbatal ketika Lehman Brothers bangkrup pada akhir September 2008.

"Keseluruhan pemegangan saham di UBS telah disimpan di dalam akaun-akaun yang diuruskan oleh bank Wall Street yang gagal, yang mengakibatkan kerugian pelaburan Khazanah bernilai RM3 bilion," kata laporan itu.

Laporan itu berkata Khazanah secara agresif cuba mendapatkan kembali wang yang lesap akibat kerugian daripada pelaburan gagal itu.

"Ia membuat tuntutan dengan pentadbir global Lehman, PriceWaterHouseCoopers dan selepas empat tahun berjaya memulihkan kira-kira 50 peratus daripada pelaburannya berdasarkan sumber kewangannya," lapor The Straits Times.

Laporan itu juga menyatakan komen kritikal Mahathir terhadap Khazanah berpunca daripada episod ini.

"Pegawai kerajaan kanan yang mengetahui hal ehwal dana itu berkata perdana menteri telah membuat rujukan tersendiri mengenai masalah kewangan setelah keruntuhan Lehman," katanya.

Laporan itu berkata Mahathir, sejak memimpin Pakatan Harapan dalam pentadbiran persekutuan, telah menolak beberapa permintaan untuk pelantikan daripada pengarah urusan Khazanah Tan Sri Azman Mokhtar, yang membawa kepada peletakan jawatan lembaga pengarah urusan syarikat GLC itu secara beramai-ramai.

Mahathir mengalu-alukan perletakan jawatan pengarah urusan dan ahli lembaga pengarah Khazanah Nasional Berhad bagi "membolehkan kerajaan menstruktur semula syarikat tersebut” berdasarkan polisi pentadbiran baru yang sedia ada.

- Malaysiakini

Loading...

No comments


Loading...