Header Ads

Dakwaan Terlibat Kes Tuntutan UMNO, Ini Jawapan Bekas KP SPRM


Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata usahanya untuk kembali menjadi peguam selepas meletakkan jawatan sebagai ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tiada kaitan dengan Umno.

Dzulkifli berkata, beliau telah membuat permohonan sijil amalan guaman sebelum Hari Raya Aidilfitri, iaitu sebelum tuntuan yang dibuat Umno.


Loading...

Beliau menjawab dakwaan yang muncul susulan laporan The Malaysian Insight yang menyatakan beliau kini menjadi peguam di Scivetti & Associates, firma yang mewakili Umno dalam tuntutan mendapatkan semula wang tunai RM116.7 juta yang dirampas di hartanah berkaitan Datuk Seri Najib Razak.

"Saya membuat permohonan mendapatkan sijil tersebut sudah lama kerana ingin kembali aktif sebagai peguam, jadi secara kebetulan saya dikaitkan dengan firma berkenaan.

"Sebenarnya saya hanya menjadi peguam dan anggota firma tersebut untuk tempoh sementara kerana selepas ini, saya membuka firma guaman sendiri dan bersedia menerima apa-apa sahaja kes,” katanya seperti dipetik Utusan Malaysia hari ini.

Menurut laporan itu, permohonan Dzulkifli untuk mendapat sijil amalan guaman melalui firma itu diluluskan pada 9 Julai lalu. Beliau pernah menjadi peguam bela sejak April 1993.

Pada 14 Mei lalu, hampir seminggu selepas Pakatan Harapan (HARAPAN) menang PRU ke-14, Dzulkifli meletakkan jawatannya sebagai orang nombor satu SPRM.

Tempatnya kini digantikan oleh Datuk Seri Mohd Shukri Abdull, yang bersara awal pada 2015 ketika badan itu menjadi perhatian ekoran siasatannya terhadap 1MDB.

- Malaysiakini

No comments


Loading...
loading...