Header Ads

Dakwa PH Makin Sombong; Calon PRM Tarik Diri, Sokong BN


Wakil Parti Rakyat Malaysia (PRM) hari ini membatalkan hasrat untuk bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis.

Ahmad Kamarudin berkata menjadi hasrat PRM bagi memastikan pertembungan satu lawan satu di antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).


Loading...

“Bagi saya, PH semakin sombong sejak menang pilihan raya umum (PRU) lepas. Jadi kami akan menyokong BN dalam pertandingan melawan PH,” katanya.

Ahmad berkata tindakannya membatalkan hasrat untuk bertanding dalam PRK kali ini bukanlah gimik untuk mencetus publisiti.

“Ini keputusan parti saya. Hubungi dan periksa dengan setiausaha agung jika tidak percaya,” katanya.

- Projek MM

No comments


Loading...