Header Ads

Cekik, kerat, buang mayat teman wanita

NURBAEVA yang dibunuh kejam. Foto/east2west news

Moscow: Seorang pegawai bank dihukum penjara sembilan setengah tahun selepas mengaku bersalah membunuh teman wanitanya sebelum mengerat mayat dan membuang organ dalaman mangsa ke dalam tandas.

Sergey Kovalchuk, 28, turut menceritakan secara terperinci kepada mahkamah bagaimana di menggunakan pisau dapur untuk mengerat mayat Vera Nurbaeva, 23, dan membuang anggota badan serta kepala mangsa ke dalam sebuah tasik berhampiran Moscow.

Loading...

Dia juga turut membuang organ dalaman mangsa ke dalam tandas.

Eksekutif di Bank Moscow itu didapati bersalah bersalah pada minggu ini atas tuduhan membunuh Vera walaupun mayat atau bahagian badan mangsa tidak ditemui.

Hakim menjatuhkan hukuman yang dianggap ringan dengan alasan Kovalchuk mengaku bersalah dan memberi kerjasama kepada polis.

Menurut dokumen mahkamah, Kovalchuk bertemu dengan Vera yang berasal dari wilayah Buryatia di laman sosial sebelum bercinta.

Pasangan itu dilaporkan bergaduh pada malam Tahun Baru lalu selepas Vera menuduh Kovalchuk mencuri telefon bimbitnya.


Kovalchuk yang berang kemudian mencekik kekasihnya sampai mati sebelum melapah mayat wanita itu di dalam tab mandi di apartmen milik lelaki berkenaan.

Dia kemudian mengeluarkan dan mencincang organ dalaman wanita itu sebelum membuangnya ke dalam tandas.

No comments


Loading...
loading...