Header Ads

BN Mohon Doa Pas Dalam Misi Tawan Sungai Kandis


KUALA LUMPUR - Calon BN PRK Dun Sungai Kandis, Datuk Lokman Adam 'memohon doa restu' Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin untuk kejayaannya dalam pertembungannya 4 Ogos ini.

Ahli Majlis Tertinggi Umno itu menerusi Instagramnya memuat naik gambar pertemuannya dengan Hashim selepas Perhimpunan Kebangkitan Ummah di sini, hari ini.


Loading...

"Sempat bertemu Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Hashim Jasin selepas Perhimpunan Kebangkitan Ummah.

"Memohon restu dan doa beliau bagi kejayaan BN di Sungai Kandis," tulisnya.

Sebelum ini, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz secara terbuka mendorong pengundi Pas di Dun Sungai Kandis untuk memberikan kemenangan kepada BN bagi memperkasa pembangkang di Selangor.

- Sinar Harian

Loading...