Header Ads

Berbanding Najib, Tun Mahathir Jemput Pelabur China Guna Sumber Malaysia

Dr Mahathir mengundang syarikat China melabur di Malaysia menggunakan sumber dalam negeri.

Perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan akan menjemput syarikat-syarikat dari China untuk terus melabur di negara ini namun dasar itu mempunyai perbezaan polisi dengan kerajaan BN yang dipimpin Datuk Seri Najib Tun Razak.


Loading...

Kata Tun Dr Mahathir Mohamad pelabur China sentiasa dialu-alukan dengan syarat tenaga kerja serta sumber untuk melaksanakan projek itu mestilah produk tempatan.

“Setahu saya, kita akan menjemput syarikat-syarikat China untuk melabur di negara ini (tetapi) dengan menggunakan sumber dan tenaga pekerja Malaysia,” katanya pada mesyuarat di ibu pejabat Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) di Petaling Jaya, petang ini.

Menurut Dr Mahathir perkara itu akan dibincangkan dalam lawatannya ke Beijing pada Ogos nanti dalam pertemuan dengan pemimpin tertinggi China.

Menurut beliau Malaysia berisiko bankrap jika pinjaman dari China tidak dikurangkan.



Sebelum ini Dr Mahathir menjadi antara tokoh pembangkang paling lantang mengkritik dasar BN membawa masuk pelabur China ke Malaysia terutama isu kemasukan sejumlah besar warga China ke Malaysia sebagai pembeli hartanah atau pekerja projek.

No comments


Loading...
loading...