Header Ads

Bayi Empat Bulan Maut Tersedak Susu


Seorang bayi lelaki berusia empat bulan meninggal dunia dipercayai tersedak susu semasa di bawah jagaan sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Bukit Baru di sini hari ini.

Mangsa, Yusof Al-Baihakki Zainal Abidin meninggal dunia pada pukul 12.30 tengah hari ketika menerima rawatan selepas dikejarkan ke Hospital Melaka di sini.


Loading...

Ibu bayi itu, Roslina Ismail, 34, berkata, dia yang bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Methodist Melaka dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh pihak taska pada pukul 12 tengah hari dan bergegas ke lokasi, lapor Kosmo.

"Pihak taska memberitahu Yusof Al-Baihakki tersedak susu dan membawa anak saya ke hospital.

"Doktor yang merawat kemudian mengesahkan bayi saya telah meninggal dunia," katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik di sini hari ini.

Roslina berkata, dia reda dengan kehilangan anak kedua itu yang dinanti-nantikan selama tujuh tahun selepas kelahiran anak sulungnya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, soal siasat mendapati bayi tersebut diberikan susu pada pukul 8.50 pagi dan tidak memberi respon ketika dikejutkan kira-kira dua jam kemudian.

Katanya, laporan polis dibuat oleh pihak hospital pada pukul 2.30 petang dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.

Jenazah Yusof Al-Baihakki akan dibawa pulang ke Kota Bahru, Kelantan untuk dikebumikan selepas selesai dibedah siasat.

No comments


Loading...
loading...