Header Ads

Balik Ke Era Kleptokrasi Atau Harimau Asia, Soal Dr M Pada Najib


Adakah rakyat bersedia jika Malaysia kembali ke era bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak. Itulah soalan yang ditanyakan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai mebgulas kenyataan Najib bahawa polis Pakatan Harapan membawa negara "berundur ke masa lalu."

“Era masa lalu adalah era di mana Malaysia terkenal sebagai Harimau Asia.


Loading...

"Adakah beliau (Najib) mahu membawa rakyat ke era di mana negara ini dikenali sebagai kleptokrasi dan diketuai oleh seorang kleptokrat?" Soal Mahathir dalam suatu kenyataan hari ini.

Ketika Mahathir pertama kali menjadi perdana menteri, Malaysia melalui pembangunan dan perindustrian yang pesat sehingga digelar 'Harimau Asia'.

Semalam dalam ucapan sulungnya di Dewan Rakyat sebagai pembangkang, Najib mendakwa kerajaan HARAPAN menggubal 'dasar yang mundur'.

Antaranya, beliau memetik potongan gaji penjawat awam, meningkatkan subsidi kerajaan serta menggalakkan lebih banyak kereta dan tidak mengutamakan pengangkutan awam.

Menurut Najib ini merupakan polisi yang dikritik gerakan reformasi PKR.

- Malaysiakini

No comments


Loading...