Header Ads

Anwar mampu bawa perubahan di Malaysia


SHAH ALAM - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dianggap calon presiden paling layak yang boleh membawa perubahan di Malaysia.

Naib Presiden PKR, Dr. Xavier Jayakumar berkata, sejak dahulu lagi kepimpinan PKR sering mendapat amanat darinya dalam apa juga perkara yang hendak dibincangkan.

Loading...

Menurutnya, pihaknya akan membuat keputusan bersama dan beliau (Anwar Ibrahim) akan menyuarakan pandangan dan ahlijawatankuasa akan membincangkan.

“Bagi saya Anwar adalah calon terbaik yang bakal memimpin negara dan beliau perlu diberi ruang untuk  menjadi presiden.

“Jika beliau (Anwar) bertandingpun isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak akan bertandinglah sebab memberi ruang kepada Anwar,” katanya kepada Sinar Harian.

Xavier yang merupakan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli (Katsa) berkata, kebiasaannya perbincangan turut diadakan dalam mesyuarat biro politik untuk mengambil maklum pelbagai perkara yang diamanahkan oleh Anwar Ibrahim memimpin parti ketika dalam penjara.


Katanya, beliau yakin dengan kepimpinannya nanti boleh membawa parti itu ke satu tahap parti yang terkenal di Malaysia selain perubahan yang mengikut perlembagaan dan meliputi semua rakyat Malaysia.

Loading...