Header Ads

Annuar: Kerajaan PH Takkan Bertahan Hingga Habis Penggal


AHLI Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa meramalkan kerajaan Pakatan Harapan tidak akan dapat bertahan sehingga habis penggal ini.

Beliau berkata, ramalan itu dibuat berdasarkan pemerhatian sejarah dunia yang menyaksikan parti pemerintah baru tersungkur selepas mengalahkan parti pemerintah lama.

“Lihat saja Parti Janata (JP), yang tumbang tiga tahun selepas menewaskan Parti Kongres Kebangsaan India dan Parti Demokrasi Jepun (DPJ) yang tumbang tiga tahun selepas menewaskan Parti Demokrasi Liberal.


Loading...

“Adakah kerajaan PH akan mengalami nasib sama? Kita belum tahu lagi berapa lama, tetapi saya ramalkan tak sempat habiskan penggal, kerajaan mungkin saja bertukar,” katanya ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, seperti dilapor Harian Metro hari ini.

JP memerintah dari 1977 hingga 1980 dan tumbang kerana pertelingkahan dalaman dan perbezaan ideologi menyebabkan kerajaannya tidak mampu menangani masalah negara dengan berkesan.

DPJ pula memerintah dari 2009 hingga 2012, tetapi terbubar kerana reformasi yang diperjuangkannya tidak dapat dilaksanakan kerana kekangan ekonomi dan pengundi.

Annuar berkata masih belum nampak kerajaan berusaha menunaikan janji-janji pilihan rayanya.

“Hari ini rakyat kembali resah apabila banyak janji tidak ditunaikan. Rakyat gusar apabila pembawaan kerajaan masih dilingkungi dengan sentimen dan usaha membalas dendam serta terbawa-bawa pendekatan kosmetik.

“Rakyat sebenarnya menunggu kerajaan membawa perubahan lebih baik kepada negara. Kita ingin bertanya kepada kerajaan apakah janji dan sasaran untuk setidak-tidaknya mengekalkan prestasi yang telah ditinggalkan kerajaan BN,” katanya.

No comments


Loading...