Header Ads

Anak Zahid Serah Hasil Derma Kepada Najib


KUALA LUMPUR — Anak presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tampil bersuara dan menyatakan sokongan terhadap bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Datuk Nurul Hidayah Ahmad Zahid yang menghadiri majlis rumah terbuka Najib di Jalan Langgak Duta di sini berkata kehadirannya bagi menyerahkan hasil wang derma tabung 'Free Najib', lapor Projek MM.


Loading...

"Jika dahulu saya menjadi reformis jalanan untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim atas dasar kemanusiaan dalam menuntut keadilan.

"Hari ini atas dasar kemanusiaan saya, suami dan madu saya bersama-sama Wanita Umno ke kediaman Datuk Seri Najib Razak untuk menyerahkan wang hasil kutipan Wanita Umno sebagai wang jaminan mahkamah.

"Semoga ia sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung Datuk Seri Najib Razak sekeluarga," tulisnya dalam Instagram.

Katanya selepas dua hari dilancarkan tabung Free Najib berjaya mengumpul dana sebanyak RM254,000.

No comments


Loading...