Header Ads

'Anak saya alami cacat otak sejak 10 tahun lalu'

RAFIDAH menunjukkan gambar Ayanna.

Kuala Lumpur: “Anak saya kini berusia 11 tahun dan dia mengalami kecacatan otak sejak 10 tahun lalu akibat kecederaan kepala ketika dihantar ke rumah pengasuh,” ujar Rafidah Abdul Rahim, 40.

Rafidah berkata, anaknya, Ayanna Mohd Zambri mengalami kecacatan otak selepas dihantar ke rumah pengasuh berhampiran rumah pada 29 Mei 2007.

Loading...

“Namun pengasuh memaklumkan anak saya mengalami sawan ketika sedang dimandikan. Bagaimanapun doktor yang memeriksa keadaan anak saya menemui kesan kecederaan di bahagian kepala.

“Saya sudah dua kali membuat laporan polis namun tiada sebarang tindakan diambil dan sehingga kini kes ini sudah 10 tahun berlalu, ujarnya.

Dia adalah antara lima keluarga tampil di Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) semalam bagi menuntut pihak berwajib mengambil tindakan serius berhubung insiden menimpa anak mereka

Semua ibu bapa berkenaan kehilangan anak malah ada yang mengalami cacat kekal sehingga kini akibat kecuaian pengasuh dan pusat jagaan.

Seorang lagi mangsa, Nur Hidayah Mohd Arbain, 31, berkata, dia turut mengalami nasib sama apabila anaknya, Mikayla Naura Sapri, mengalami pendarahan otak selepas dihantar ke rumah pengasuh pada 29 Ogos tahun lalu.


“Ketika kejadian saya mengambil anak di rumah pengasuh dalam keadaan terbaring dan tidak bernafas sebelum menghantarnya ke klinik kesihatan.

“Doktor memaklumkan anak mengalami pendarahan otak. Saya kemudian membuat laporan polis kerana percaya ada sesuatu berlaku terhadap anak saya,” katanya.

Seorang lagi mangsa, Siti Shahidah Sha’ari, 31, berkata, dia kehilangan anaknya, Khalif Ubaidah Mihd Razi, pada 12 Mac lalu akibat kecuaian pengasuh namun tiada tindakan daripada pihak polis diambil sehingga kini.

No comments


Loading...