Header Ads

Akaun Najib Tidak Lagi Dibekukan?


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu membuat hebahan kepada umum memaklumkan jika benar akaun bank peribadi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak lagi dibekukan.

Pengerusi Sekretariat Datuk Seri Najib, Datuk Mohd Razlan Rafii dalam satu kenyataannya mempersoalkan mengapa masih tiada pengumuman rasmi daripada SPRM sedangkan isu pembekuan akaun Najib diberi publisiti besar-besaran sebelum ini.

Menurutnya, SPRM dan polis bertindak seolah-olah Najib sudah dijatuhkan hukuman sedangkan perbicaraan kes beliau belum lagi bermula.


Loading...

“Pihak berkuasa yang bekerja dengan kerajaan perlu bebas melaksanakan tanggungjawab mereka dan jangan ada rasa takut dengan kerajaan. Tindakan terhadap mantan perdana menteri adalah satu bentuk tekanan politik yang berlebihan.

“SPRM dan Polis bertindak seumpama sudah menghukum sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman. Kita tidak mahu ada tangan-tangan ghaib yang mengarahkan tindakan pembekuan akaun ini walaupun tidak ada punca dan sebab untuk melakukan tindakan sedemikian,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Beliau dipercayai mengulas laporan berita sebuah portal mendakwa SPRM tidak lagi membekukan akaun Najib bermula semalam dan tindakan itu dilakukan secara senyap-senyap.

Memetik laporan Free Malaysia Today, sumber rapat kepada Ahli Parlimen Pekan itu mendakwa akaun tersebut tiada kena mengena dengan politik dan tiada kaitan dengan sisasatan dijalankan pihak berkuasa terhadap Najib.

Dalam pada itu, Razlan juga meminta pihak berkuasa memberi penjelasan terhadap tindakan mereka dan perlu memberi jaminan agar tiada lagi akaun dibekukan selepas ini tanpa mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan.

“Apabila dimaklumkan akaun peribadi Najib sudah dilepaskan daripada pembekuan, ini menunjukkan bahawa tindakan SPRM mengarahkan Bank Negara untuk membekukan akaun adalah salah dan tidak mengikut peraturan.

“Sebenarnya, saya menerima banyak pesanan daripada pelbagai pihak yang mahu terus membantu Najib dalam menguruskan kehidupannya. Cerita anak beliau menghidap kanser juga menimbulkan rasa simpati rakyat,” katanya.

- Sinar Harian

No comments


Loading...
loading...