Header Ads

Adun, bekas ahli parlimen BN sertai Bersatu?


KOTA BHARU - Bersatu Kelantan mengesahkan terdapat perbincangan seorang Adun BN Kelantan yang bakal menyertai Bersatu.

Timbalan Pengerusi Bersatu Kelantan, Datuk Sazmi Miah berkata,  perbincangan telah lama diadakan, namun keputusan akhir itu bergantung kepada Adun itu sendiri.

Loading...

"Perbincangan dilakukan sejak pemilihan Umno lagi, dia sudah hilang keyakinan terhadap parti.

"Bagaimanapun kita tengok macam mana sebab beliau banyak mendapat tekanan selepas namanya di ura-urakan," katanya.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi PH Kelantan berkata, pihaknya mengesahkan akan mengadakan majlis kemasukan ahli Bersatu esok di Machang.

"Yang masuk ini kebanyakkan bekas pemimpin akar umbi seperti ketua cawangan dan sebagainya.

"Sama ada (Adun BN) sertai di majlis itu atau tidak,  itu tidak pasti lagi,"katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain,  seorang bekas Ahli Parlimen Umno Kelantan turut mengesahkan  akan menyertai Bersatu dalam masa terdekat.


Bagaimanapun katanya, butiran lengkap akan diberitahu selepas perbincangan lengkap diadakan.

"Saya akan masuk bersama seorang pemimpin NGO, "katanya ringkas.

No comments


Loading...