Header Ads

Adun Balakong Maut Kemalangan


KUALA LUMPUR - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun Balakong, Ng Tien Chee maut dalam kemalangan di Kilometer 11.7 Lebuhraya Grand Saga.

Mangsa dipercayai dari arah Kuala Lumpur menghala ke Kajang.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff mengesahkan kejadian berlaku pada jam 12.40 pagi.


Loading...

Siasatan awal mendapati mangsa yang memandu kenderaan SUV melanggar bahagian belakang lori milik syarikat konsesi lebuhraya berkenaan.

Mendiang Tien Chee meninggal dunia di tempat kejadian.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari turut mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang.

Beliau turut menyatakan kesedihan apabila menerima berita tersebut. - Astro Awani

No comments


Loading...