Header Ads

‘ABCD SST, Janji Hanya Tinggal Janji’


KUALA LUMPUR: Walaupun hanya 10 minit diperuntukkan untuk berbahas, Datuk Ahmad Maslan (BN-UMNO Pontian) sempat mencuri masa mengungkap lima rangkap ‘pantun SST’.

Dengan intipati perbahasan yang sebahagian besarnya menyentuh aspek Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), beliau mengakhiri perbahasan dengan pantun berikut:

ABCD SST
Harga akan melambung tinggi
Cukai yang dah tidak diguna lagi
Oleh majoriti negara dunia kini


Loading...

ABCD SST
Rakyat terbanyak perlu ketahui
Cukai tak telus dan tersembunyi
Dalam harga tinggi menjadi

ABCD SST
Pengundi tidak sangka jadi begini
Ingat mansuh GST tiada cukai lagi
Rupanya beban bertambah diberi

ABCD SST
Kenalah ditanggung suami isteri
Rasa menyesal dalam hati
Mereka tidak akan memberi undi

ABCD SST
Janji hanya tinggal janji

Masa terhad turut menyaksikan Ahmad enggan memberi laluan kepada Wong Shu Qi (PH-Kluang) dan RSN Rayer (PH-Jelutong) mencelah sambil menjawab: “Kalau menarik, kita jumpa di kafetaria.”

Membahaskan usul titah diraja, Ahmad berkata, pelaksanaan semula SST boleh meningkatkan ketirisan dan penipuan cukai, sekali gus mengurangkan hasil kepada kerajaan.

“SST bakal mewujudkan aktiviti ‘lari membayar cukai’ dalam kalangan pihak tertentu, selain meningkatkan pasaran ekonomi gelap.

“Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (MATA) menyebut SST akan mengembalikan trend lama iaitu ‘pelarian cukai’ dan meningkatkan aktiviti pasaran ekonomi gelap atau ‘black economy’

“SST juga akan mewujudkan ‘cukai atas cukai’ apabila kadarnya dinaikkan kepada 10 dan enam peratus.

“Ini bermakna barang berharga RM100 boleh menjadi RM110 atau RM165 apabila tiba kepada pengguna,” katanya.

Loading...