2,000 Ahli UMNO Kalabakan Keluar Parti Sertai Warisan

0
33

Kira-kira 2,000 ahli UMNO daripada 45 cawangan
di kawasan Parlimen Kalabakan bertindak keluar parti dan menyertai Parti
Warisan Sabah (Warisan) di sini hari ini.
Mereka diketuai tujuh bekas ahli jawatankuasa Bahagian UMNO
Kalabakan termasuk pengerusi tetap UMNO kawasan tersebut, Mohd. Nazri Durahman.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebatik, Datuk Abdul Muis
Picho berkata, beliau yakin lebih ramai lagi ahli UMNO khususnya yang
membabitkan ahli jawatan kuasa dan cawangan akan keluar parti untuk menyertai
Warisan dalam tempoh terdekat ini, lapor Kosmo.
“Tindakan keluar parti dalam kalangan ahli UMNO Kalabakan
ini memperlihatkan mereka inginkan perubahan kepimpinan.
“Selain itu, mereka juga ingin memastikan rakyat terus
mendapat pembelaan yang sewajarnya,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis
Pemimpin Bersama Rakyat Fajar dekat sini hari ini.
Abdul Muis berkata, mereka membuat keputusan tersebut secara
sukarela dan tanpa imbuhan serta sebarang janji daripada mana-mana pihak.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Beliau percaya, keputusan itu juga diambil selepas mengambil
kira pendapat ahli-ahli cawangan , penduduk setempat termasuk pengundi dan
penyokong di kawasan berkenaan.
“Mereka meninggalkan UMNO kerana inginkan perubahan bukan
sahaja dari segi kepimpinan malah pembanguan yang bakal dirancang dan
dilaksanakan demi untuk keselesaan rakyat,” jelasnya.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here