Wawasan 2020 Boleh Dicapai Pada 2025, Kata Dr. Mahathir

0
41

TOKYO – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang
mengilhamkan Wawasan 2020 menyatakan matlamat wawasan itu hanya dapat dicapai
menjelang tahun 2025 atau mungkin lebih awal lagi. 
Dr. Mahathir berkata, kelewatan itu berpunca daripada
pelaksanaan dasar yang tidak sesuai dengan usaha mencapai aspirasi Wawasan
2020.
  
Dengan hanya dua tahun lagi menjelang tahun 2020, Dr.
Mahathir menyuarakan keraguan tentang kemampuan Malaysia mencapai status negara
maju dan berpendapatan tinggi pada masa itu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Walaupun kita bekerja keras siang dan malam, saya
tidak fikir kita boleh mencapainya pada tahun 2020.
“Mungkin ia akan (mengambil masa) agak lama daripada itu,
mungkin tahun 2025 atau mungkin lebih (awal) jika kita mengamalkan dasar yang
betul,” kata beliau pada Persidangan Antarabangsa ke-24 mengenai Masa
Depan Asia atau Persidangan Nikkei di sini hari ini.
Dr. Mahathir merupakan Perdana Menteri keempat Malaysia
semasa beliau mengilhamkan Wawasan 2020 pada tahun 1991 bertujuan menjadikan
Malaysia sebuah negara perindustrian yang maju ketika itu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Beliau menjadi Perdana Menteri dari  tahun 1981 hingga 2003.
Dr. Mahathir kini dalam rangka lawatan kerja tiga hari ke
Jepun termasuk untuk menghadiri Persidangan Nikkei itu. – Bernama

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...
loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here