Polis Indonesia Bantu Jejak Jamal

0
33
Foto: Kosmo

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) bekerjasama
dengan Polis Indonesia bagi menjejak Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk
Seri Jamal Md Yunos yang dikatakan melarikan diri ke negara republik itu.
Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata,
perkara ini telah dimaklumkan ke pihak berkuasa Indonesia agar membantu PDRM
menyelesaikan perkara ini, lapor Sinar Harian.

“Kalau boleh hari ini hendak tangkap beliau (Jamal), tapi
soal proses dan prosedur itu mesti ada.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya harap kerjasama dapat diberikan bagi memastikan nama
yang disebutkan tadi dibawa ke muka pengadilan,” katanya dalam sidang media di
Bukit Aman, hari ini.
Mengulas tentang Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Tan
Sri Musa Aman pula, Muhyiddin berkata, pemimpin itu juga sedang dicari selepas
terdapat laporan polis terhadapnya di Sabah.
“Polis akan mencari di mana beliau (Musa) berada dan bawa
pulang untuk dihadap ke mahkamah,” katanya.

Muhyiddin berkata demikian selepas membuat lawatan rasmi di
Bukit Aman bagi membincangkan tentang aspek keselamatan negara dengan
menetapkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) di setiap jabatan bagi menentukan
keberkesanan PDRM itu sendiri selain menekankan aspek integriti.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Jumaat lalu, Jabatan Imigresen Malaysia akan mengenakan
tindakan kepada Jamal dan Musa sekiranya dua pemimpin itu meninggalkan negara
melalui laluan tidak sah.
Malah, Musa dan Jamal juga telah disenarai hitam untuk ke
luar negara.
Selain itu, beberapa hari lalu, seorang pengguna laman
sosial Facebook mendakwa melihat kelibat Musa di Stesen Keretapi St Pancras
International, London. Dia turut memuat naik video berdurasi 10 saat, yang
turut menjadi tular.
Musa dikehendaki polis bagi membantu siasatan berhubung
laporan polis dibuat Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin
berkaitan ugutan jenayah.

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...
loading...

Sumbang seikhlas hati anda tanda sokongan kepada Berita Fakta dan Komprehensif kami. Bermula dengan hanya RM1, Sokong berita kami.Terima Kasih Rakyat Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here