Menteri Pakatan Harapan Berimej hipster?

0
52

Bagaimana agaknya jika menteri-menteri baharu Malaysia yang
sering kelihatan formal di majlis rasmi kerajaan tampil dengan imej hipster?
Bunyi seperti mustahil tetapi tidak bagi seorang pengarah
kreatif, Aizat Paharodzi apabila ilustrasi pemimpin tertinggi negara dengan
imej santai yang dihasilkannya telah tular di media sosial.
Menerusi ilustrasi tersebut, Aizat melakar wajah Perdana
Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; timbalannya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan
Ismail, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Kewangan, Lim
Guan Eng dan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu atau Mat Sabu dalam persalinan
gaya generasi milenium.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


Lakaran imej Dr Mahathir dan Wan Azizah.

Kata Aizat, 33, lakaran itu hasil karyanya yang tertangguh
sejak tiga tahun lalu dan baru disiapkan sebelum ia dimuat naik ke laman
Instagram dan Twitter.
Setakat ini, posting tersebut telah menerima sebanyak 1,056
retweets dan 890 tanda suka (likes).
“Dulu saya dah siap separuh tapi tidak sempat nak
sudahkan semuanya.
“Tapi, sebab sekarang pun masih demam pilihan raya umum
(PRU), sebab itu saya hasilkan lakaran tersebut,” katanya kepada mStar
Online pada Jumaat.

Lakaran imej dari kiri, Muhyiddin, Guan Eng dan Mat Sabu.

Menurut pengarah yang banyak terlibat dalam produksi video
dan iklan ini, dia mendapat inspirasi untuk menghasilkan lakaran tersebut
daripada pelukis terkenal, Amit Shimoni yang pernah menghasilkan ilustrasi
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dalam imej berbeza.
Tambah Aizat, idea fesyen pada lakaran tersebut hadir secara
spontan kerana ingin melihat perbezaan dalam kalangan pemimpin Pakatan Harapan
(PH) itu agar tampil dalam imej seperti golongan muda masa kini.
Aizat turut bercadang untuk menghasilkan lakaran pemimpin
pembangkang pula pada masa akan datang.

Donald Trump


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Ada ramai yang cadangkan saya lukis gambar YB Syed
Saddiq dan Nurul Izzah selepas melihat lakaran itu.
“Tapi saya mungkin akan lukis pemimpin pembangkang pula
selepas ini kerana orang kita sudah biasa tengok imej Syed Saddiq dan Nurul
Izzah macam anak muda sekarang.
“Saya hasilkan lukisan ini sekadar suka-suka bukan nak
nyatakan sokongan kepada mana-mana parti politik. Saya lebih senang bersikap
neutral,” ujar lelaki yang menetap di Subang Jaya itu.

– mStar Online

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...
loading...

Sumbang seikhlas hati anda tanda sokongan kepada Berita Fakta dan Komprehensif kami. Bermula dengan hanya RM1, Sokong berita kami.Terima Kasih Rakyat Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here