Mat Sabu Tak Sangka Ramai Peminat Di Singapura

0
44

SINGAPURA – Menteri Pertahanan Mohamad Sabu tidak menjangka
masyarakat umum di Singapura turut mengikuti perkembangan politik di Malaysia.
Ketika kunjungan Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat
Sabu, ke Masjid Sultan untuk menunaikan solat Jumaat, beliau dikerumuni jemaah
yang terdiri daripada rakyat tempatan dan asing untuk merakam gambar
bersamanya.

“Saya tidak menjangkakan sambutan sebegini. Saya tidak
sangka mereka mengikuti perkembangan politik tanah air kita,” katanya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Mohamad tiba di republik ini sejak Jumaat lalu bagi
menghadiri Dialog Shangri La (SLD) edisi ke-17 yang sedang berlangsung di sini.

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu bersama Perdana Menteri Singapura.

Beliau merupakan menteri Kabinet Malaysia yang baharu
selepas Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 awal bulan lepas.
Rata-rata, gambar-gambar bersama masyarakat di sini dapat
dilihat dikongsi di media sosial.
“Salam Jumaat. Haji Mohamad bin Sabu, atau lebih dikenali
sebagai Mat Sabu, Menteri Pertahanan Malaysia di Masjid Sultan Singapura tadi.
Seorang lelaki yang sederhana,” menurut sebuah laman Facebook yang turut
memaparkan gambar pemimpin itu.
“Seorang pemimpin berjiwa rakyat. Alhamdulillah,” tambahnya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Sambutan sama turut dirasai beliau di Shangri La Hotel di
mana dialog tiga hari itu berlangsung.
Difahamkan Mohamad akan dihampiri peserta, malah pekerja
hotel untuk merakamkan gambar bersamanya.
“Selepas makan malam pada Jumaat, kami pulang ke bilik agak
lewat kerana melayani permintaan bergambar ‘peminatnya’ yang menahan beliau di
lobi hotel,” menurut seorang daripada pegawai pengiring beliau.
Bernama turut menerima tempias apabila rakan media asing di
sini turut bertanya sama ada penulis berpeluang untuk menemu ramah Menteri
Pertahanan itu.
“Kamu dapat slot temu ramah beliau? Pukul berapa? Boleh kami
ikut sama? Jangan risau kami tidak ganggu temu ramah kamu.. kami hanya mahu
bergambar,” itu adalah antara permintaan rakan media di sini.
Mohamad akan berlepas pulang hari ini selepas pertemuan
bersama Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, James Mattis.- Bernama

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...
loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here