Ku Li, KJ Dan Zahid Antara Lima Calon Jawatan Presiden UMNO

0
45

KUALA LUMPUR — Ibu Pejabat UMNO hari ini mengeluarkan
senarai calon-calon yang menawarkan diri untuk bertanding pelbagai jawatan  pada 
pemilihan parti itu Sabtu ini dan 30 Jun depan, dengan lima calon bakal
merebut jawatan Presiden parti.
Mereka ialah Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh
Hamzah, Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin, Naib Presiden yang menjalankan
tugas-tugas presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, anggota UMNO Bahagian
Bandar Tun Razak Mohamed Iqbal Maricair dan anggota UMNO Bahagian Iskandar
Puteri Mohd Yusof Musa@Jamaluddin.
Bagi jawatan timbalan presiden pula, ia bakal menyaksikan
persaingan di antara Ketua UMNO Bahagian Rembau Datuk Seri Mohamad Hasan dan
Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Tujuh  calon lagi akan
bertanding merebut tiga jawatan naib presiden iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,
Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin, Sheikh Razali Sheikh Hamad, Datuk Seri
Mahdzir Khalid, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, Datuk Seri Johari Abdul Ghani
dan Datuk Seri Ahmad Said.
Ismail Sabri, Mohamed Khaled, Mahdzir, Tajuddin dan Johari
merupakan anggota Majlis Tertinggi UMNO.
Sebelum ini, Sekratariat UMNO menerima tujuh borang
pencalonan bagi jawatan presiden, tiga borang pencalonan bagi jawatan timbalan
presiden dan sembilan borang bagi jawatan naib presiden.
Dalam senarai calon yang dimuat naik dalam laman web UMNO
hari ini, parti itu turut menyenaraikan 106 calon yang akan bertanding merebut
25 jawatan sebagai anggota Majlis Tertinggi termasuk beberapa penyandang dan
nama besar dalam parti itu.
Antaranya ialah Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, Tan Sri
Noh Omar, Datuk Seri Idris Haron, Datuk Seri Azalina Othman Said, Datuk Seri
Razali Ibrahim, Datuk Seri Mohd Johari Baharum, Datuk Seri Ismail Mohamed Said,
Datuk Seri Azlan Man.
Turut bertanding merebut jawatan itu ialah Datuk Seri Ismail
Mohamed Said, Datuk Seri Azlan Man, Datuk Shamsul Anuar Nasarah, Datuk Dr Mohd
Puad Zarkashi, Datuk Seri Ahmad Maslan, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, Datuk
Seri Reezal Merican Naina Merican, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Datuk
Bung Moktar Radin.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Sebanyak dua calon pula akan bertanding bagi jawatan
pengerusi tetap manakala 14 calon lagi merebut jawatan timbalan pengerusi
tetap.
Sementara itu, tiga calon akan bertanding jawatan Ketua
Pergerakan Wanita iaitu Tan Sri Siti Zaharah Sulaiman, Datuk Noraini Ahmad dan
Datuk Azizah Mohd Dun.
Seramai empat calon pula akan bertanding jawatan Naib Ketua
Wanita, 81 calon bertanding jawatan anggota jawatankuasa, selain dua bagi
jawatan pengerusi tetap dan empat bagi jawatan timbalan pengerusi tetap sayap
itu.
Bagi Pergerakan 
Pemuda pula, seramai sembilan individu disenaraikan bertanding merebut
jawatan itu termasuk Naib Ketua Pemuda Khairul Azwan Harun, anggota Majlis
Tertinggi Datuk Dr Asyraf Wadji Dusuki, Ketua Pemuda Pahang Mohd Shahar
Abdullah serta Ketua Bahagian  Sungai
Besar yang mencetuskan kontroversi Datuk Seri Jamal Md Yunos.
Sembilan calon pula bertanding untuk jawatan Naib Ketua
Pemuda, 184 calon bertanding untuk anggota jawatankuasa pergerakan itu, dua
calon bagi jawatan pengerusi tetap dan tiga bagi jawatan timbalan pengerusi
tetap.
Jawatan Ketua Pergerakan 
Puteri pula menyaksikan persaingan di antara Naib Ketua Puteri Datuk
Zahida Zarik Khan dan exco Puteri Nor Hazreena Mohamad Hashim.
Seramai lima calon lain akan merebut jawatan naib ketua, 71
calon akan bertanding sebagai anggota jawatankuasa dan dua calon untuk jawatan
pengerusi tetap.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Jawatan timbalan pengerusi tetap pula dimenangi Salbiah
Saari selepas menjadi calon tunggal untuk jawatan tersebut.
Sementara itu, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan
Tengku Mansor berkata Ibu Pejabat parti telah membuat semakan terhadap
calon-calon yang menawarkan diri untuk bertanding dalam pemilihan kali ini.

“Senarai calon-calon peringkat Pusat, yang telah
disemak oleh pihak insolvensi dan mencukupi syarat-syarat yang ditetapkan untuk
bertanding, boleh dimuat turun menerusi
http://www.umno-online.my/calonpemilihan2018.
“Bagi senarai peringkat Bahagian boleh merujuk terus
kepada Badan Perhubungan UMNO Negeri atau Bahagian masing-masing. Selamat
bersidang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

— BERNAMA

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...
loading...

Sumbang seikhlas hati anda tanda sokongan kepada Berita Fakta dan Komprehensif kami. Bermula dengan hanya RM1, Sokong berita kami.Terima Kasih Rakyat Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here