Tun M jumpa warga JPM esok

0
46



TUN Dr Mahathir Mohamad buat pertama kalinya akan mengadakan perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Dataran Perdana, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, esok.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Perdana Menteri dijadualkan akan tiba di Dataran Perdana pada 8.30 pagi dan menyampaikan amanat kepada warga JPM pada perjumpaan bagi Mei.


Ini adalah kali pertama Dr Mahathir memasuki Perdana Putra selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Ketujuh pada 11 Mei lalu, berikutan kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), selain pertemuan pertamanya secara rasmi dengan penjawat awam.


Sebelum ini, semua mesyuarat dan pertemuan di Putrajaya termasuk bersama Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP), Presint 8.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Terdapat 56 jabatan yang berada di bawah JPM, antaranya adalah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) dan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU).


Selepas perjumpaan berkenaan, Dr Mahathir dijadualkan ke Istana Negara bagi menghadiri Majlis Angkat Sumpah Ahli Kabinet Baharu di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V yang dijangka berlangsung pada 11 pagi.


Jumaat lalu, Dr Mahathir mengumumkan senarai 15 anggota Kabinet PH di bawah pertadbirannya, membabitkan agihah portfolio antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).


Dr Mahathir juga akan mula bertugas di pejabatnya di Perdana Putra, minggu ini.


-mymetro

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here