Panglima TLDM Pesan Undi Dengan Bijak

0
44

SHAH ALAM – Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Ahmad
Kamarulzaman Ahmad Badaruddin berpesan kepada warga tentera laut supaya
mengundi secara bijak berdasarkan fakta, pemerhatian, pencapaian yang dikecapi
dan pengalaman sendiri.
Menerusi kenyataannya di Facebook hari ini, beliau berkata,
semua pegawai perlu memastikan semua warga tentera laut diberikan pelepasan
untuk mengundi dan tahu hak mereka.

“Rugi jika lepaskan peluang keemasan ini. Janganlah
dipengaruhi dengan hasutan yang boleh menjejas keputusan pemilihan kita.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Sebagai warganegara Malaysia yang bertanggungjawab undilah
dengan penuh bijaksana. Ketahuilah, undi kita adalah rahsia,” katanya.
Beliau juga mengingatkan anggotanya  supaya melaksanakan pembuangan undi dengan
penuh adab dan mengekalkan tahap disiplin yang tinggi.
“Sudahkah anda menyemak daftar pemilih melalui laman
sesawang rasmi SPR atau aplikasi MySPR Semak di telefon bimbit anda? Pastikan
kita ketahui pusat mengundi dan saluran mengundi kita. Bagi yang berkeluarga,
bawa atau bantu pasangan kita atau ibu bapa kita sekali.
“Semua warga TLDM dinasihatkan agar keluar awal, dan
jalankan tanggungjawab kita dengan sebaik mungkin. Patuhi langkah pengundian
yang telah ditetapkan,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});


PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...
loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here