Mat Sabu Kena Siasat Lima Skandal Di Kementerian Pertahanan

0
39

SHAH ALAM – Centre for Malaysian Political And Economic
Transcendence (Competent) menggesa Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu menyiasat
lima skandal dalam kementerian itu ketika era pemerintahan BN.
Ketua Eksekutif Competent, Wan Anwar Wan Ibrahim mahu
Mohamad menyiasat pembaziran dan salah guna kuasa melibatkan pebelian aset
Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Beliau berkata, pelantikan Mohamad sebagai Menteri
Pertahanan adalah keputusan tepat sebagai kerana beliau lantang mempersoalkan
salah laku dan pembaziran ketika pemerintahan kerajaan BN sebelum ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kami mahu menteri pertahanan membuka kembali fail
siasatan kes pembelian beberapa unit Rapid Intervention Vehicle (RIV) yang
pernah mendapat perhatian Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar selepas
menegur harganya yang terlalu mahal.
“Harga yang dilaporkan adalah RM690,000 seunit,
sedangkan baginda sultan pernah membelinya pada harga RM150,000 sahaja. Datuk
Seri Ahmad Zahid Hamidi selaku menteri pertahanan ketika itu berjanji akan
membuka kertas siasatan namun sehingga kini kes itu senyap,” katanya dalam
satu artikel, hari ini.
Beliau menambah, pembelian 257 unit Armored Personnel
Vehicle daripada syarikat Turki berharga RM7.5 bilion juga perlu diberikan
perhatian.
“Harga tersebut dikatakan naik mendadak daripada harga
asal RM1.76 bilion seperti dilaporkan akhbar Turki sewaktu perjanjian
ditandatangani pada 2011.
“Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara ketika itu, Tony Pua
pernah mempersoalkan perkara ini di Parlimen namun tidak dijawab oleh menteri
pertahanan,” katanya.
Selain itu, beliau juga menggesa Kementerian Pertahanan
mengkaji semula polisi komisen melampau kepada syarikat broker yang berurusan
dalam pembelian aset ATM.

“Perkara ini menjadi buah mulut rakyat apabila
Perimekar Sdn Bhd milik Razak Baginda yang juga sahabat kepada bekas perdana
menteri Datuk Seri Najib Razak mendapat habuan RM535 juta mengikut kadar hari
ini dalam proses pembelian dua kapal selam Scorpene.
“Skandal ini menjadi lebih hangat lagi apabila Razak
Baginda dikaitkan dengan kematian model Mongolia Altantuya Shaaribuu yang masih
menjadi misteri sehingga kini,” katanya.
Wan Anwar turut mendesak pembekal atau kontraktor kepada
Kementerian Pertahanan yang pernah terlibat dengan projek sakit disenarai hitam
dan disaman kerana kerugian yang ditanggung.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Contohnya, projek pembinaan 27 unit Patrol Vessels
berharga hampir RM1 bilion seunit yang gagal disempurnakan mengikut jadual oleh
syarikat PSC-Naval Dockyard.
“Syarikat ini dimiliki Tan Sri Amin Shah yang diketahui
sebagai kroni besar Umno-BN. Syarikat hak milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera
(LTAT), Boustead Holdings, akhirnya terpaksa mengambil alih PSC-Naval Dockyard
untuk memastikan kelancaran projek tersebut,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau mendakwa, negara juga mengalami
kerugian besar apabila projek pembinaan Pusat Pengajian Pertahanan Nasional
(Puspahanas) bernilai RM100 juta diberikan kepada syarikat yang langsung tiada
pengalaman dalam bidang pembinaan.
“Skandal ini hangat diperkatakan apabila didedahkan
oleh Deepak Jaikishan (rakan karib Datin Seri Rosmah Mansor) yang marah kerana
Raja Ropiaah dikatakan gagal menunaikan perjanjian kepada Deepak sebagai timbal
balik untuk Deepak membantu dalam projek pembinaan Puspahanas tersebut.
“Sekali lagi, anak syarikat LTAT terpaksa mengambil
alih projek sakit milik kroni Umno-BN untuk memastikan kelancaran projek,”
katanya.
Justeru, beliau berharap, satu tadbir urus yang cekap dan
berhemah berdasarkan kepada kaedah-kaedah terbaik dapat dijadikan amalan di
Kementerian Pertahanan dan aset-aset yang terbaik turut dapat disediakan dan
diselenggara untuk kegunaan perwira-perwira negara dalam angkatan tentera.

– Sinar Harian 

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...
loading...

Sumbang seikhlas hati anda tanda sokongan kepada Berita Fakta dan Komprehensif kami. Bermula dengan hanya RM1, Sokong berita kami.Terima Kasih Rakyat Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here