‘Keutamaan Agenda Reformasi, Bukan Jadikan Anwar PM’

0
41

Keutamaan kerajaan baru yang diterajui oleh Tun Dr Mahathir
Mohamad adalah melaksanakan reformasi yang dijanjikan, kata Timbalan Perdana
Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.
“Apa yang kita mahu ialah kerajaan (Perdana Menteri)
Tun Dr Mahathir Mohamad berjalan dengan lancar, dapat membawa perubahan yang
kami mahukan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Terutamanya agenda reformasi, itu yang akan kita
utamakan,” katanya kepada pemberita selepas melawat suaminya, Datuk Seri
Anwar Ibrahim di Hospital Pemulihan Cheras, di ibu negara hari ini, lapor Malaysiakini.


Selain itu, ketika ditanya lanjut, Wan Azizah yang juga
presiden PKR menjelaskan bahawa tidak akan keperluan melantik Anwar menjadi
perdana menteri secara “terburu-buru”.
“Oh tidak (Anwar tidak akan jadi perdana menteri secara
terburu-buru).
“Semua ini adalah sebahagian daripada apa yang kami
rancangkan,” katanya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Dalam temubual bersama Straits Times Singapura, Pengerusi
Majlis Penasihat Putrajaya Tun Daim Zainuddin berkata adalah “tidak
bijak” untuk tergesa-gesa melantik Anwar yang merupakan ketua umum PKR
sebagai perdana menteri.


Beliau berkata peralihan kuasa daripada Dr Mahathir
seharusnya berlaku ketika “pertengahan” penggal.
Anwar dijangka dibebaskan daripada penjara esok.
Sebelum ini, Dr Mahathir telah berjanji untuk membenarkan
Anwar menggantikannya selepas dua tahun.

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here