Jangan Persoal Sokongan Saya Kepada Tun M – Anwar

0
44

PETALING JAYA: Ketua Umum Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri
Anwar Ibrahim, mahu rakyat tidak terus mempersoalkan sokongan padu beliau
terhadap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dalam ucapan sulungnya selepas diberikan pembebasan
serta-merta setelah mendapat perkenan pengampunan penuh Yang di-Pertuan Agong
Sultan Muhammad V, beliau mahu rakyat memberi sepenuh kepercayaan kepada Dr
Mahathir dan barisan Kabinetnya untuk meneruskan agenda membangunkan negara.
“Saya kata kita sudah buat pilihan dan kita bagi ruang
penuh kepada Dr Mahathir mentadbir negara. Menteri Kabinet harus diberi ruang
untuk jalankan tugas dengan baik.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kalau nampak kekurangan kita tegur, kalau nampak
mewah-mewah, kita terajang dia, tapi bukan Dr Mahathir tapi yang lainlah,”
katanya ketika berucap pada Himpunan Merdeka Rakyat di Padang Timur di sini,
malam ini.
Turut sama hadir, Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan
Ismail; Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin
Yasin; Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim
Guan Eng.
Anwar berkata, sokongannya terhadap Dr Mahathir juga atas
prinsip ukhuwah dan persaudaraan.
“Media sepanjang hari dia masih tanya apakah saudara
sedia terima Dr Mahathir. Yang kamu sakit hati kami baik sebab apa, ada orang
dulu masa kempen asyik marah apa la Anwar ini (mahu baik dengan Dr Mahathir).
“Kamu ini tidak faham ukhuwah dan silaturahim. Bila
orang mahu baik dengan kita, kita baiklah, kalau kamu rompak, ambil duit 1MDB
(1Malaysia Development Berhad) jangan baik,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Beliau menegaskan tidak akan sokong Dr Mahathir jika tidak
membawa perubahan baik kepada negara.
“Saya sokong Dr Mahathir sebab dia dengan pasukannya
ini komited untuk bawa perubahan ke arah kebaikan kepada negara,” katanya.
Beliau juga mengingatkan bahawa hak Melayu dan Bumiputera
tidak diketepikan di bawah kerajaan baharu, selain menasihatkan semua pihak
tidak terikut dengan dakyah tidak betul berkenaan DAP.
“Saya kata FELDA, UiTM itu tidak akan tergugat malah di
bawah kita, UiTM akan diangkat dengan baik tapi profesor kangkung tu tak
bolehlah,” katanya.
Menyentuh rancangan sebaik dibebaskan, Anwar berkata beliau
akan mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin dunia termasuk Presiden
Turki, Reccep Tayyip Edrogan.
“Saya juga akan pergi satu dua kawasan di Malaysia ini.
Permatang Pauh pasti saya akan pergi,” katanya.



– BH Online

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...
loading...

Sumbang seikhlas hati anda tanda sokongan kepada Berita Fakta dan Komprehensif kami. Bermula dengan hanya RM1, Sokong berita kami.Terima Kasih Rakyat Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here