Apandi Ali Boleh Didakwa Kes SRC, Kata Hanipa Maidin

0
47

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin
membangkitkan satu persoalan sama ada Peguam Negara era kerajaan BN boleh
didakwa kerana tidak mendakwa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak.
Beliau berkata demikian susulan kenyataan Peguam Negara
berkenaan Najib tidak melakukan kesalahan dalam kes pemindahan RM42 juta
daripada anak syarikat 1MDB iaitu SRC International kepada bekas perdana
menteri tersebut.

Bagaimanapun, Mohamed Hanipa tidak berhasrat untuk membuat
sebarang spekulasi berhubung nasib yang bakal diterima Peguam Negara berkenaan.
“Adapun isu adakah beliau juga wajar didakwa, saya tidak
mahu membuat spekulasi.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Namun, jika diandaikan Peguam Negara yang baharu nanti
memutuskan akan mendakwa bekas Perdana Menteri BN di mahkamah bagi kes
pemindahan RM42 juta tersebut, saya rasa berkemungkinan besar Peguam Negara itu
(era BN) juga berdepan risiko yang besar untuk didakwa dengan pertuduhan
jenayah,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Menurut laporan portal Sinar Harian, Mohamed Hanipa menyatakan di bawah Artikel
145(3) Perlembagaan Persekutuan, seorang Peguam Negara ada budi bicara untuk
mendakwa atau tidak mendakwa seseorang atas sesuatu kesalahan jenayah.
“Namun seperti mana titah Almarhum Sultan Perak, Sultan
Azlan Shah dalam kes Sri Lempah Enteprise tidak wujudnya budi bicara mutlak
kerana ‘absolute discretion is a contradiction in terms’
“Lagipun, jika budi bicara itu dilihat telah secara sengaja
disalahgunakan bagi melindungi seorang penjenayah yang jelas melakukan jenayah,
saya tidak fikir budi bicara tersebut boleh melindungi hatta seorang Peguam
Negara.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Namun beliau enggan berspekulasi sebaliknya meminta seluruh
rakyat sama-sama tunggu tindakan Peguam Negara yang baharu kelak.
Tambahnya, sebelum ini, beberapa Ahli Parlimen Pakatan
Harapan (Harapan) mendesak agar Peguam Negara tersebut meletakkan jawatan
secara terhormat daripada dipecat.
Terdahulu, Peguam Negara lantikan BN berkata tidak ada bukti
penyalahgunaan wang 1MDB daripada mana-mana penyiasatan agensi penguatkuasaan
undang-undang membabitkan pelbagai bidang kuasa.
Malah katanya, Jabatan Peguam Negara Malaysia (AGC)
mengambil perhatian mengenai tindakan undang-undang sivil terbaharu oleh
Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ).

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...
loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here